Ismail Sabri selesai beri keterangan di SPRM selepas lebih 5 jam
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 13 Mac, 2025. (Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (13 Mac).
Beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada jam 3.13 petang dan sempat melambai kepada pengamal media yang menunggu sejak pagi.
Bagaimanapun cubaan media untuk mendapatkan maklum balas tidak berjaya.
Difahamkan beliau dijangka menyambung memberi keterangan esok.
Rakaman percakapan Ismail Sabri sepatutnya diambil pada 7 Mac lalu, namun ditangguhkan ke hari ini atas faktor kesihatan.
Sebelum itu, perdana menteri kesembilan itu dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah di rumahnya pada 21 Feb lalu.
Pada 3 Mac, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta (S$51.2 juta) di dalam sebuah 'safe house' menyusuli serbuan dilakukan pihaknya.
Wang tunai dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya baht, riyal, pound sterling, won, euro, Franc Swiss dan yuan, manakala 16 kilogram jongkong emas tulen yang turut disita dianggarkan bernilai hampir RM7 juta (S$2.1 juta).
SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta (S$600,000) bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.

Sumber : Bernama/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.