Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ismail Sabri minta Ahmad Zahid tunjuk surat ROS luluskan jawatan presiden, timbalan presiden tidak dipertandingkan

Anggaran Waktu Membaca:
Ismail Sabri minta Ahmad Zahid tunjuk surat ROS luluskan jawatan presiden, timbalan presiden tidak dipertandingkan

Ismail Sabri Yaakob. (Gambar fail: Bernama)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob meminta Presiden parti tersebut, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang didakwa meluluskan resolusi supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tersebut bulan ini.

Encik Ismail Sabri berkata, Encik Ahmad Zahid perlu menjelaskan perkara itu kerana terdapat laporan media yang bercanggah mengenai kandungan surat ROS.

"Minta dia (Ahmad Zahid) tunjuk surat ROS itu, elok juga kalau boleh tunjukkan sebab ada dua laporan media berbeza.

“Satu kata ROS tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru. Saya pun baca laporan media juga,” kata mantan perdana menteri itu seperti dinukil oleh Berita Harian.
Sebelum ini, Encik Ismail Sabri berkata beliau tidak mempertahankan jawatan sebagai naib presiden kerana percaya keputusan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi UMNO tidak selaras dengan perlembagaan parti.

Pada Sabtu (4 Mac), Encik Ahmad Zahid dilaporkan sebagai berkata bahawa UMNO telah menerima surat daripada Menteri Dalam Negeri yang mengesahkan ROS menerima resolusi parti itu iaitu tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada ROS berhubung ketetapan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi itu.

Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom dan Aizat Fikri Mohd Nasir mendakwa resolusi itu tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan