Ismail Sabri jawab dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod
Anggaran Waktu Membaca:

Ismail Sabri Yaakob. (Gambar fail: Bernama)
SHAH ALAM: Dakwaan bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022 adalah tidak benar.
Mantan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan sudah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.
“Saya tegaskan bahawa dakwaan ini tidak benar,” katanya menerusi catatan di Facebooknya pada Isnin (28 Nov), menurut agensi berita Sinar Harian.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan seorang pengguna Twitter kononnya perbelanjaan berjumlah RM620 bilion (S$189 bilion) bermula tahun 2020 hingga 2022 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkod.
Menurutnya, nilai keseluruhan lapan pakej rangsangan adalah RM530 bilion (S$162 bilion) yang mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank).
"Perbelanjaan langsung kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion (S$34 bilion) dan peruntukan tersebut telah pun diluluskan Parlimen sebulat suara,” jelasnya, lapor agensi berita Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.