Ismail Sabri dilantik Presiden Kehormat Pertubuhan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu Dunia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Twitter/ Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Presiden Kehormat Pertubuhan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu Dunia (WUAVF).
Watikah pelantikan tersebut diserahkan oleh Presiden WUAVF, Jincai Yang dalam satu majlis sempena Kongres Dron Dunia Ke-7 di Shezen, China, pada Sabtu (3 Jun).
Encik Ismail Sabri dalam satu catatan Facebook mengucapkan terima kasih kepada WUAVF kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mempromosikan industri pesawat udara tanpa pemandu (UAV) kepada dunia, menurut Sinar Harian.

"Industri dron berkembang sangat pantas. Sebagai contoh, pengeluar-pengeluar utama dron sedang sedaya upaya untuk menghasilkan kenderaan tanpa pemandu yang lebih besar bagi memudahkan urusan harian.
"Teknologi ini harus dikuasai dengan segera. Jika dahulu dron digunakan oleh tentera tetapi hari ini ia menjadi satu teknologi yang melibatkan semua bidang sama ada di darat, di bawah air atau udara," katanya, dipetik daripada Sinar Harian.
Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau akan membantu pertubuhan itu untuk mempromosikan industri tersebut demi kesejahteraan dunia.
Ketika menerajui pemerintahan negara itu, Encik Ismail Sabri memberikan perhatian serius kepada industri tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan dan menjadi sumber pendapatan baru negara tersebut, lapor Sinar Harian.
Malah beliau telah melancarkan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) sebagai agenda nasional bagi menyokong ekosistem dron.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.