Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok
Anggaran Waktu Membaca:
Encik Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan antara 2021 dengan 2022. (Gambar: AP)
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok (5 Mac) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada pukul 10.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
“Kita akan mengambil keterangan beliau bagi meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini, dan menambah kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada 10 Februari lalu, Encik Ismail Sabri menghantar maklumat pengisytiharan harta sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Februari.
Semalam (3 Mac), Encik Azam dilaporkan berkata mantan pemimpin itu merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta (S$51 juta) di dalam sebuah tempat selamat menyusuli serbuan dilakukan pihaknya.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.
Setakat ini, SPRM merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta (S$60,090) dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif.
SPRM sebelum ini telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Sumber : Bernama/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.