Skip to main content

Dunia

Ismail Sabri arah KKM beri rawatan kesihatan terbaik kepada Najib

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (12 Sep) mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya memberikan rawatan terbaik kepada bekas perdana menteri Najib Razak berikutan keadaan kesihatan yang dialaminya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ismail Sabri arah KKM beri rawatan kesihatan terbaik kepada Najib

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Sep 2022 07:14AM Dikemas Kini : 13 Sep 2022 07:15AM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (12 Sep) mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya memberikan rawatan terbaik kepada bekas perdana menteri Najib Razak berikutan keadaan kesihatan yang dialaminya.

“Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan terbaik yang diperlukan beliau. Saya doakan semoga beliau diberikan kesembuhan,” katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya semalam.

Awal dari itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan memaklumkan Encik Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat sebagai kes elektif dan bukan kecemasan untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan optimum.

Menurut Dr Hisham, keadaan Encik Najib adalah sihat sebelum dibenarkan keluar dari HKL dan jenis-jenis ubat yang dipreskrib untuk beliau semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM.

Perbicaraan kes Encik Najib bagi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion (S$712 juta) dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi pada Selasa dilaporkan disingkatkan. Hakim bersetuju untuk menangguhkan perbicaraan pada pukul 12.30 tengah hari bagi membolehkan Encik Najib mendapatkan rawatan perubatan.
 
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita