Skip to main content

Dunia

Ismail Haniyeh dipilih semula sebagai pemimpin Hamas

Ismail Haniyeh dipilih sebagai pemimpin kumpulan Hamas untuk penggal kedua selama empat tahun, kata para pegawai pada Ahad (1 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Ismail Haniyeh dipilih semula sebagai pemimpin Hamas

Gambar fail ketua Hamas yang berpangkalan di Qatar, Ismail Haniyeh pada 15 Mei 2021. (Gambar: KARIM JAAFAR/AFP)

Diterbitkan : 01 Aug 2021 10:52PM Dikemas Kini : 01 Aug 2021 10:55PM

GAZA: Ismail Haniyeh dipilih sebagai pemimpin kumpulan Hamas untuk penggal kedua selama empat tahun, kata para pegawai pada Ahad (1 Ogos).

Pemilihannya itu sekaligus memperkukuh kawalannya ke atas pergerakan yang memerintah Carikan Gaza dan terlibat dalam beberapa konflik ganas dengan Israel.

Encik Haniyeh, yang menjadi pemimpin Hamas sejak 2017, mengawal kegiatan politik kumpulan itu di Gaza, kawasan Tebing Barat yang diduduki Israel dari kawasan luar Gaza, membahagikan masanya antara Turki dan Qatar sejak dua tahun lalu.

Beliau mengarahkan Hamas dalam konflik 11 hari dengan Israel pada Mei yang menyebabkan lebih 250 rakyat maut di Gaza dan 13 di Israel. Gencatan senjata dibuat atas inisiatif Mesir secara amnya masih lagi bertahan.

"Saudara Ismail Haniyeh dipilih semula sebagai ketua pejabat politik Hamas untuk kali kedua," kata seorang pegawai Palestin kepada Reuters setelah undian dalaman oleh anggota parti. Tempoh jawatannya adalah selama empat tahun.

Encik Haniyeh, 58 tahun, adalah orang kanan pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin di Gaza, sebelum ulama berkerusi roda itu dibunuh pada 2004.

Encik Haniyeh memimpin Hamas memasuki arena politik pada 2006, apabila mereka mendapat kemenangan mengejutkan dalam pilihan raya parlimen Palestin, mengalahkan parti Fatah yang berpecah-belah dan dipimpin Presiden Mahmoud Abbas.

Beliau menjadi perdana menteri tidak lama selepas kemenangan pada Januari 2006, tetapi Hamas - yang dianggap sebagai badan pengganas oleh Amerika Syarikat, Israel dan Kesatuan Eropah - dipinggirkan masyarakat antarabangsa.

Menyusuli perang saudara yang singkat, Hamas merampas Gaza dari Penguasa Palestin yang dikuasai Fatah, yang mempunyai hak terhad pemerintahan sendiri di Tebing Barat yang diduduki Israel, pada 2007. Israel sejak itu menguasai sekatan ke atas Gaza, atas alasan ancaman daripada Hamas.

Kemenangan Encik Haniyeh melengkapkan pilihan raya dalaman yang juga menyaksikan ketua kumpulan Gaza, Yehya Al-Sinwar, memenangi penggal kedua pada Mac. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita