Ismail Haniyeh akan dikebumi di Qatar: sumber Hamas
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
TEHRAN: Ketua Hamas Ismail Haniyeh yang maut dalam satu serangan udara pada Rabu (31 Jul) akan dikebumikan di Qatar.
Demikian menurut laporan Agensi Anadolu berdasarkan sumber yang berkaitan dengan pergerakan perjuangan Palestin pada Rabu.
Perbincangan antara pegawai Hamas dan Iran mengenai pengebumian Encik Haniyeh yang dirancang diadakan di Tehran sedang berlangsung dan beliau akan dikebumikan di ibu negara Qatar, Doha, menurut sumber yang memberitahu Anadolu dengan syarat identitinya tidak didedahkan.
Setakat ini Iran, Hamas dan Qatar masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tempat persemadian akhir Encik Haniyeh.
Terdahulu, media Iran melaporkan bahawa Encik Haniyeh dibunuh dalam serangan udara yang menyasarkan tempat penginapannya di utara Tehran sekitar pukul 2.00 pagi waktu tempatan.
Serangan itu dilaporkan berlaku di rumah tamu untuk veteran perang yang diuruskan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
Encik Haniyeh berada di Tehran untuk majlis angkat sumpah presiden baharu Iran.
Hamas juga mengeluarkan kenyataan di mana ia berikrar untuk membalas dendam atas pembunuhan ketua mereka yang dikatakan dibunuh di Tehran dalam serangan "khianat Israel."
Secara berasingan, Anadolu melaporkan bahawa Pemerintah Iran mengisytiharkan tiga hari berkabung di seluruh negara dari Rabu hingga Jumaat (2 Ogos) atas kematian Encik Haniyeh.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Rabu, pemerintah baharu Iran yang dipimpin oleh Presiden Masoud Pezeshkian berkata, pembunuhan pemimpin Hamas itu "membawa kesedihan kepada umat Islam, para penyokong pergerakan perjuangan dan semua orang yang merdeka di dunia."
Iran menyalahkan Israel atas pembunuhan itu, tetapi Tel Aviv masih tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya.
“Pemerintah Republik Islam Iran mengecam tindakan kejam ini yang dilakukan dengan tujuan tertentu pada permulaan tugas Kerajaan Perpaduan Nasional, melanggar semua prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, dan menyasarkan seorang tetamu rasmi dan diplomatik Republik Islam Iran yang menghadiri majlis pelantikan presiden,” tulis kenyataan itu.
”Pemerintah Iran menyeru semua "pemerintahan yang bebas dan individu yang terhormat serta berfikiran bebas” untuk “berhadapan kumpulan penjenayah yang memerintah wilayah yang diduduki.”
Encik Haniyeh dipilih semula sebagai Ketua Hamas pada 2021 untuk penggal kedua berturut-turut yang dijadualkan berakhir pada 2025.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.