Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Islamofobia di India boleh beri kesan negatif kepada ASEAN, kata Menteri Luar M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Islamofobia di India boleh beri kesan negatif kepada ASEAN, kata Menteri Luar M'sia

(Gambar: Munir Uz Zaman/AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2022 08:07AM Dikemas Kini : 21 Jun 2022 08:07AM

NEW DELHI: Islamofobia di India boleh memberi kesan negatif di rantau Asia Tenggara dan di tempat lain, kata Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah.

Beliau menegaskan bahawa negara-negara ASEAN mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang besar dan insiden Islamofobia di tempat lain boleh memberi kesan kepada rantau itu kerana berita tersebar dengan pantas pada masa kini.

"Perkara yang berlaku di India boleh memberi kesan. Jika kita tidak berhati-hati, ia boleh mencetuskan reaksi. Kita tidak mahu itu berlaku,” katanya.

Encik Saifuddin berkata terdapat keperluan untuk menggalak persefahaman antara penganut yang berbeza agama dan mencadangkan Malaysia dan India bertindak ke arah itu di platform yang sama.

Beliau berkata Malaysia dan India harus bekerjasama dalam isu itu demi kepentingan hubungan sekian lama mereka dan berhati-hati agar insiden seperti komen yang menghina Nabi Muhammad (SAW) yang dibuat oleh dua wakil parti pemerintah India baru-baru ini tidak berulang.

"Malaysia harus proaktif dalam menangani isu itu. Adalah lebih baik jika kita menangani isu itu bersama-sama dengan India," Encik Saifuddin memberitahu Bernama dalam temu bual semasa lawatannya ke India pada 15-17 Jun sempena Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-India.

Malaysia adalah antara beberapa negara Islam yang membuat bantahan rasmi kepada India atas kenyataan yang menyinggung perasaan itu.

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa