ISIS dakwa dalangi serangan Sri Lanka
ISIS mendakwa mendalangi serangan di Sri Lanka yang meragut nyawa 321 orang dan mencederakan sekitar 500 yang lain, menurut agensi berita kumpulan pengganas itu, AMAQ pada Selasa (23 Apr).
(Gambar: Dinuka Liyanawatte/Reuters)
KAHERAH: ISIS mendakwa mendalangi serangan di Sri Lanka yang meragut nyawa 321 orang dan mencederakan sekitar 500 yang lain, menurut agensi berita kumpulan pengganas itu, AMAQ pada Selasa (23 Apr).
"Mereka yang melakukan serangan yang menyasarkan anggota perikatan dipimpin Amerika Syarikat dan Kristian di Sri Lanka tempoh hari adalah pejuang kumpulan ISIS," menurut kenyataan kumpulan itu.
ISIS bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan itu.
Pada Selasa, Perdana Menteri Sri Lanka berkata beliau percaya serangan pada hari Easter itu ada kaitan dengan ISIS.
Encik Ranil Wickremesinghe memberitahu para wartawan bahawa afgensi-agensi keselamatan negara itu memantau warga Sri Lanka yang mengganggotai ISIS dan kemudian pulang ke tanah air.
"Kami akan menyiasat dakwaan ISIS, kami percaya mungkin ada hubung kait," kata beliau.
Awal sebelum itu, Menteri Pertahanan Sri Lanka Ruwan Wijewardene berkata siasatan awal menunjukkan serangan itu adalah "tindak balas terhadap (serangan) Christchurch".
SERANGAN GAGAL DI HOTEL KEEMPAT
Menurut sumber polis sepasang adik beradik lelaki bertanggungjawab dalam melancarkan dua serangan nekad.
Adik beradik itu, anak kepada saudagar rempah Colombo meletupkan diri mereka sedang para tetamu di hotel Shangri-La dan Cinnamon Grand di ibu kota sedang beratur mengambil sarapan, sumber itu memberitahu AFP.
Serangan ke atas sebuah hotel keempat dipatahkan dan memberi polis petanda bahawa kumpulan militan itu yang bertanggungjawab.
Adik beradik yang nama mereka tidak didedahkan itu berusia lewat 20-an tahun dan mempunyai "sel keluarga" sendiri, menurut seorang pegawai siasatan.
Namun tidak jelas hubungan mereka dengan pengebom lain yang terlibat dalam serangan ke atas tiga hotel mewah dan tiga gereja itu.
Pasangan adik beradik itu adalah anggota utama kumpulan pelampau National Thowheeth Jama'ath (NTJ) yang dipercayai mendalangi serangan semasa sambutan Easter Sunday, menurut pegawai itu lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.