Skip to main content

Dunia

ISIS bunuh tawanan dalam serangan Sweida

Lebih 200 maut dalam serangan 25 Julai itu yang dianggap paling dahsyat sejak beberapa bulan kebelakangan ini di Syria

Anggaran Waktu Membaca:
ISIS bunuh tawanan dalam serangan Sweida

Bendera ISIS. (Gambar hiasan: DADO RUVIC/REUTERS)

Diterbitkan : 05 Aug 2018 06:46PM Dikemas Kini : 05 Aug 2018 06:49PM

BEIRUT: Kumpulan militan ISIS di Syria membunuh salah seorang tawanan yang diculik dalam satu serangan minggu lalu di bandar Sweida yang dikawal tentera pemerintah, menurut laporan media tempatan dan pemantau perang pada Ahad (5 Ogos).

Lebih 200 maut, sebilangan besarnya orang awam dalam serangan 25 Julai itu yang dianggap paling dahsyat sejak beberapa bulan kebelakangan ini di Syria. Para penyerang nekad itu menyerbu bandar Sweida dan perkampungan lain yang terletak di utara dan timur, dalam serangan paling berdarah sejak tercetusnya perang pada 2011.

Agensi berita Suwayda24 dan Sweida News Network menyatakan gambar-gambar yang diedarkan ISIS menunjukkan Muhammad Dhouqan Abu Ammar, 19 tahun, dibunuh kumpulan tersebut.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang sebelum ini melaporkan pembunuhan Abu Ammar, menyatakan bahawa lebih 30 orang diculik semasa serangan 25 Julai.

Penduduk di kawasan Sweida yang terletak di barat daya Syria kebanyakannya terdiri daripada kaum Druze. Rundingan sedang dijalankan antara pihak berkuasa Druze dan ISIS bagi pembebasan tawanan tersebut. 

Sumber : Reuters/TQ/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita