Ishaq Dar dilantik Menteri Kewangan Pakistan buat kali keempat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
ISLAMABAD: Encik Ishaq Dar mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan Pakistan, menggantikan Encik Miftah Ismail yang meletak jawatan pada Rabu (28 Sep), lapor Reuters.
Ini merupakan kali keempat Encik Dar menyandang jawatan itu.
Beliau pulang ke Pakistan kelmarin selepas hidup di London kira-kira lima tahun bagi mengelakkan ditangkap atas dakwaan rasuah.
Pemerintah Pakistan menggantung waran tangkap bagi Encik Dar.
Beliau kini memikul tugas berat untuk menangani krisis ekonomi Pakistan yang diburukkan lagi oleh bencana banjir besar di negara itu.

Sumber : Reuters/MU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.