Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isham Jalil dilantik Ketua Penerangan UMNO berkuat kuasa 20 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Hizatul Isham Abdul Jalil dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru berkuat kuasa pada Ahad (20 Nov) kata Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan.

Encik Ahmad menerusi catatan di akaun Twitternya memaklumkan pelantikan Encik Isham dibuat oleh Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Fasal 9.6 Perlembagaan UMNO berikutan peletakan jawatan Encik Shahril Hamdan pada Ahad.

Sementara itu, Encik Isham dalam catatan di Facebooknya berkata beliau dimaklumkan mengenai pelantikan tersebut oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan Encik Ahmad setelah perbincangan dengan kepimpinan tertinggi parti.

"Surat rasmi sudah ditandatangani oleh kepimpinan parti. Saya ucapkan terima kasih atas pelantikan dan kepercayaan parti terhadap saya.

Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi bersama di kala ini, kita tidak boleh berputus asa, tanggungjawab ini berat lebih-lebih lagi di kala kita berada dalam kekalahan dan kesempitan ini," kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam itu.

Encik Isham berkata pembaharuan perlu dibuat kepada parti dari dalam dan beliau memberi jaminan tidak akan lari daripada perjuangan serta terus istiqamah dan berkorban untuk parti bersama akar umbi demi agama, bangsa dan tanah air.

"Sebab itu saya terima tanggungjawab ini dan akan memegang amanah ini dengan sebaiknya walaupun kita sudah tidak punya apa-apa," katanya.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia pada Sabtu (19 Nov) menyaksikan BN mencatat prestasi kurang memberangsangkan apabila hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen berbanding pencabarnya Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 82 kerusi manakala Perikatan Nasional meraih 73 kerusi Parlimen.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan