Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ireland peruntuk dana lindungi negara daripada kejutan ekonomi Trump

Pihak berkuasa Ireland telah memperuntukkan dana untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul daripada dasar perdagangan Presiden dipilih Amerika Syarikat Donald Trump, kata Perdana Menteri Ireland Simon Harris dalam temu bual dengan Sky News yang diterbitkan pada Ahad (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Ireland peruntuk dana lindungi negara daripada kejutan ekonomi Trump

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Nov 2024 09:20AM Dikemas Kini : 25 Nov 2024 09:29AM
DUBLIN: Pihak berkuasa Ireland telah memperuntukkan dana untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul daripada dasar perdagangan Presiden dipilih Amerika Syarikat Donald Trump, kata Perdana Menteri Ireland Simon Harris dalam temu bual dengan Sky News yang diterbitkan pada Ahad (24 Nov).

Encik Harris berkata Trump menerima mandat yang besar hasil keputusan pilihan raya presiden AS dan menambah bahawa Trump "benar-benar bermaksud apa yang dikatakannya mengenai kedudukannya dalam soal perdagangan dan tarif".

"Kita tidak boleh berpuas hati, dan itulah sebabnya parti saya mengetepikan jumlah yang sangat besar ke dalam dana, dana masa depan, untuk melindungi negara kita daripada sebarang kejutan ekonomi," kata beliau.

Trump telah mengumumkan rancangan untuk meneruskan dasar perlindungan dan mengenakan tarif 10 hingga 20 peratus ke atas import, dengan tarif ke atas barangan China mencecah sehingga 60 peratus.

Semasa penggal pertamanya sebagai presiden AS, Trump mengenakan tarif baharu ke atas bahan keluli dan aluminium.

Pada akhir 2022, "perang perdagangan" baharu mula terbentuk antara AS dan rakan kongsi Eropahnya selepas negara itu menggubal undang-undang untuk memerangi inflasi, yang dianggap Eropah sebagai persaingan tidak adil.

Sebagai tindak balas, Kesatuan Eropah mengenakan tarif ke atas barangan AS.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan