Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iraq selesai bayar pampasan Perang Teluk 1990 berjumlah AS$52.4 bilion

Anggaran Waktu Membaca:

BAGHDAD: Iraq selesai membuat pembayaran pampasan sebanyak AS$52.4 bilion (S$70.3 bilion) kepada individu, syarikat dan kerajaan yang membuktikan kemusnahan yang dialami mereka akibat pencerobohannya di Kuwait pada tahun 1990, menurut Jawatankuasa Pampasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Rabu (9 Feb).

Agensi Berita Nasional Iraq (NINA) melaporkan hal itu dengan memetik laporan Reuters.

“Jawatankuasa Pampasan, yang dibentuk oleh Majlis Keselamatan selepas pendudukan Iraq selama tujuh bulan dan kekalahan tentera Presiden Saddam Hussein dalam Perang Teluk kedua yang diketuai Amerika Syarikat, menerima sebahagian daripada hasil jualan minyak, dengan peratusannya berbeza-beza selama tiga puluh tahun dan baru-baru ini tiga peratus".

Secara keseluruhan, Suruhanjaya Pampasan menerima kira-kira 2.7 juta permohonan pampasan, bernilai AS$352.5 bilion (S$ 473.3 bilion), menurut laporan itu.

Namun jawatankuasa itu meluluskan 1.5 juta permohonan yang memenuhi syarat yang diperlukan, dan pemiliknya menerima AS$52.4 juta (S$70.3 juta).

Nilai tuntutan terbesar yang diluluskan oleh jawatankuasa untuk pampasan berjumlah AS$14.7 (S$19.7 bilion) untuk Kuwait Petroleum Corporation atas kerosakan yang dialaminya selepas tentera Iraq membakar telaga minyak.

NINA melaporkan pembayaran berkenaan digantung antara Oktober 2014 dan April 2018, disebabkan oleh masalah keselamatan dan belanjawan kerajaan semasa memerangi ISIS.

Jawatankuasa Pampasan yang berpangkalan di Geneva berkata, dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tertutup Lembaga Pengarahnya yang mengumumkan, "Dengan pembayaran terakhir pampasan pada 13 Januari 2022, semua pampasan yang diluluskan oleh Jawatankuasa kini sudah dibayar sepenuhnya".

Jawatankuasa itu menambah bahawa, "Kerajaan Iraq sudah memenuhi kewajipan antarabangsanya untuk membayar pampasan kepada semua pemohon yang diluluskan jawatankuasa itu bagi kerugian dan kerosakan yang mereka alami akibat langsung daripada pencerobohan haram Iraq ke atas Kuwait."

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Bathsheba Crocker, berkata di akaun Twitter beliau, "Kami memuji Iraq kerana menyelesaikan pembayaran untuk semua permohonan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pampasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu... Ia adalah satu pencapaian bersejarah."

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan