Iraq, Iran meterai MOU perkukuh perjanjian keselamatan bersama
Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran Ali Larijani (kiri) dan Penasihat Keselamatan Negara Iraq Qasim al-Araji menandatangani perjanjian keselamatan dua hala di Baghdad pada 11 Ogos, 2025. (Gambar:AFP)
Demikian lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Jurucakap Pemerintah Iraq, Bassem Al Awadi berkata MoU itu ditandatangani oleh Penasihat Keselamatan Negara Iraq Qasim Al Araji dan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran Ali Larijani.
MoU itu bertujuan memperkukuh perjanjian keselamatan sedia ada, dengan memberi tumpuan kepada peningkatan kawalan keselamatan sempadan bersama dan kerjasama risikan, di samping mencegah pencerobohan serta menyokong langkah perlindungan sempadan demi kepentingan keselamatan kedua-dua negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.