Iraq berkabung 3 hari bagi peringati pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: MURTAJA LATEEF / AFP
BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia Al Sudani mengarahkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara sebagai tanda penghormatan kepada Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Beirut, menurut Pejabat Perdana Menteri pada Sabtu (28 Sep), lapor Sputnik.
Awal dari itu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan Nasrallah telah "dihapuskan" dalam serangan udara Israel ke atas Beirut pada Jumaat (27 Sep).
Hezbollah kemudian secara rasmi mengesahkan kematian Nasrallah.
"Perdana Menteri Mohammed Shia Al Sudani telah mengarahkan tempoh berkabung selama tiga hari diisytiharkan di seluruh Iraq sebagai tanda penghormatan kepada pemergian Setiausaha Agung Hezbollah Hassan Nasrallah dan rakan-rakannya menyusuli serangan Israel," menurut pejabatnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Israel memulakan kempen pengeboman besar-besaran yang diberi nama "Northern Arrows" di bahagian selatan dan timur Lubnan pada Isnin (23 Sep).
Kementerian Kesihatan Lubnan meletakkan jumlah korban melebihi 1,500 orang sejauh ini.
Hezbollah membalas serangan Israel dengan melancarkan berpuluh-puluh roket ke arah utara Israel.
Peningkatan ketegangan itu berlaku selepas siri letupan alat kelui dan walkie-talkie menggegarkan Lubnan dari 17 hingga 18 Sep, mengorbankan kira-kira 40 orang dan mencederakan hampir 3,500 yang lain.

Sumber : AGENCIES/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.