Skip to main content

Dunia

Iran tidak mahu berunding selagi Israel tidak hentikan serangan

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata Iran tidak mahu berrunding dengan mana-mana pihak selagi Israel terus melancarkan serangan ke atas negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran tidak mahu berunding selagi Israel tidak hentikan serangan

Anggota tentera Israel berjalan berhampiran Pusat Perubatan Soroka di Beersheba, Israel pada 19 Jun 2025. (Gambar: Reuters/Marc Israel Sellem)

TEHRAN: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata Iran tidak mahu berrunding dengan mana-mana pihak selagi Israel terus melancarkan serangan ke atas negara itu.

Encik Abbas dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Britain, Jerman, Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) di Geneva pada Jumaat (20 Jun).

Ia merupakan mesyuarat pertama antara Tehran dengan pemerintah negara-negara Barat, seminggu selepas Israel dan Iran saling berbalas-balas serangan.

Perang antara Israel dengan Iran kini masuk minggu kedua, sejak tercetus pada Jumaat lalu.

Sekurang-kurangnya 650 penduduk Iran maut sejauh ini termasuk lebih 260 orang awam. Lebih 2,000 yang lain cedera dalam serangan Israel itu, menurut kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Washington.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, iaitu Encik Israel Katz berkata beliau sudah mengarahkan tenteranya supaya memperhebat serangan ke atas "simbol-simbol" Iran di ibu kota Tehran.

Ini termasuk pasukan militia Iran yang dipanggil 'Basij' dan pusat-pusat kuasa pemerintah Iran seperti pasukan Pengawal Revolusi Iran.

Setakat ini, tentera Israel menganggarkan bahawa Iran sudah melancarkan 450 peluru berpandu dan 1,000 dron ke arah Israel.

Akibatnya, sekurang-kurangnya 24 orang di Israel terbunuh manakala ratusan lagi cedera.

Suruhanjaya Pengawal Selia Nuklear dan Radiologi Arab Saudi, sementara itu, memberi amaran bahawa mana-mana serangan tentera ke atas kemudahan nuklear awam melanggar undang-undang antarabangsa.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita