Skip to main content

Dunia

Iran tangguh pembukaan penuh ruang udara

Iran menangguhkan pembukaan semula sepenuhnya ruang udaranya sehingga petang Sabtu (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Iran tangguh pembukaan penuh ruang udara

Iran menangguhkan pembukaan semula ruang udaranya bagi keselamatan penumpang serta penerbangan. (Gambar: AFP)

TEHRAN: Iran menangguhkan pembukaan semula sepenuhnya ruang udaranya sehingga petang Sabtu (28 Jun).

Demikian lapor Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi IRNA.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan penumpang serta penerbangan susulan pembukaan semula ruang udara timur negara itu untuk penerbangan domestik dan antarabangsa, kata jurucakap Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar Iran, Majid Akhavan seperti dilaporkan IRNA.

Menurut beliau, ruang udara di bahagian utara, selatan dan barat negara itu akan kekal ditutup sehingga Sabtu, pukul 2.00 petang waktu tempatan.

Kementerian itu juga mengumumkan pada Rabu malam bahawa pembukaan semula ruang udara di timur negara itu adalah sebagai langkah untuk memulihkan trafik udara secara berperingkat ke tahap sebelum konflik.

Iran menutup ruang udaranya pada 13 Jun menyusuli serangan udara Israel ke atas Tehran dan kawasan lain. Gencatan senjata antara kedua-dua pihak dicapai pada Selasa lalu, selepas konflik udara selama 12 hari.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita