Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran tahan lebih 100 orang berhubung kes keracunan pelajar sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
TEHRAN: Kementerian Ehwal Dalam Negeri Iran pada Sabtu (12 Mac) mengumumkan bahawa lebih 100 orang ditahan di 11 wilayah berhubung insiden keracunan membabitkan para pelajar sekolah baru-baru ini.

Menurut kementerian itu beberapa tahanan menggunakan bahan beracun sebagai perbuatan "nakal" untuk ponteng sekolah dan pihak berkuasa sudah memberi amaran kepada mereka, lapor Xinhua. 

Menurut kenyataan itu lagi beberapa tahanan yang lain melakukan tindakan tersebut untuk menimbulkan rasa takut dan kebimbangan orang ramai serta para pelajar.

Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Lebih 700 pelajar di lebih 30 sekolah di seluruh Iran menjadi mangsa kes keracunan misteri itu yang bermula pada 30 November 2022 dengan kes pertamanya di wilayah Qom.

Sebahagian besar mangsanya adalah pelajar perempuan.

Sesetengah ahli politik dan aktivis Iran mengaitkan kes keracunan pelajar itu dengan bantahan besar-besaran anti pemerintah sejak pertengahan September lalu berikutan kematian seorang gadis, Mahsa Amini, semasa berada dalam tahanan polis.

Ramai pelajar perempuan menyertai tunjuk-tunjuk perasaan itu.
Sumber : Bernama//CNN/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan