Skip to main content

Dunia

Iran tahan anak saudara perempuan Ayatollah Ali Khamenei

Anggaran Waktu Membaca:
Iran tahan anak saudara perempuan Ayatollah Ali Khamenei

Gambar fail pemimpin ulung Iran Ayatollah Ali Khamenei (Gambar: Reuters/Caren Ferouz)

TEHRAN: Anak saudara perempuan pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa pada 23 November lalu.

Video Farideh Moradkhani, seorang penggiat hak asasi manusia disebarkan di internet, menyeru agar pemerintah asing memutuskan hubungan dengan Iran.

Ia berhubung tindakan tegas pasukan keselamatan Iran terhadap gerakan memperjuangkan hak wanita di negara itu.

Tidak jelas bila video itu dirakam.

Pejabat Ayatollah Khamenei belum segera mengulas permintaan Reuters bagi mendapatkan reaksinya.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) kira-kira 14,000 orang ditangkap berhubung tunjuk perasaan yang bermula selepas kematian Mahsa Amini yang ditangkap oleh polis.

Sekurang-kurangnya 416 orang termasuk 51 kanak-kanak terbunuh dalam tindakan keras itu, menurut Hak Asasi Manusia Iran yang berpangkalan di Norway.
 
Sumber : AP/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita