Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran sedia runding dengan Amerika andai sekatan ditarik balik

Iran bersedia mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) andai Washington menarik balik sekatan ke atas Tehran, kata Presiden Hassan Rouhani pada Ahad (14 Jul) lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran sedia runding dengan Amerika andai sekatan ditarik balik

Gambar fail Presiden Iran Hassan Rouhani. (Gambar: Jim Watson/AFP)

Diterbitkan : 15 Jul 2019 10:02PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 10:05PM

TEHRAN: Iran bersedia mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) andai Washington menarik balik sekatan ke atas Tehran, kata Presiden Hassan Rouhani pada Ahad (14 Jul) lapor agensi berita Xinhua.

"Kami sentiasa bersedia untuk berunding. Pada saat ini, jika tiada lagi perbuatan membuli dan sekatan ditarik balik, kembali kepada sikap yang waras dan bebas. Kami bersedia," kata Rouhani.

Pemimpin Perancis, Jerman dan Britain yang menandatangani perjanjian nuklear Iran berkata mereka "sangat bimbang" dengan ketegangan semakin memuncak di rantau Teluk.

Mei tahun lepas, Washington secara sepihak menarik diri daripada perjanjian nuklear dan mengenakan semula sekatan ke atas Iran.

Pada 8 Mei, Iran berhenti melaksanakan beberapa komitmennya di bawah perjanjian itu dan menetapkan 60 hari sebagai tarikh akhir kepada negara Eropah untuk membantu Iran mendapat manfaat ekonomi hasil daripada perjanjian tersebut.

Pada tarikh akhir tempoh 60 hari iaitu 7 Julai lalu, Timbalan Menteri Luar Seyed Abbas Araghchi berkata Iran bersedia untuk memulakan proses memperkaya uranium melebihi 3.67 peratus seperti yang ditetapkan dalam perjanjian nuklear dan Tehran secara beransur-ansur akan mengurangkan komitmen nuklearnya setiap 60 hari.

Pada 8 Julai, Iran mengumumkan aktiviti memperkaya uraniumnya sudhapun meningkat kepada 4.5 peratus.

Berikutan pengumuman Tehran itu, Naib Presiden AS Mike Pence bersama pegawai kanan pentadbiran Presiden Donald Trump berikrar untuk terus memberi tekanan ekonomi terhadap Iran. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan