Iran sasar tapak tentera Amerika di Bahrain, Kuwait selepas diserang
Anggaran Waktu Membaca:
Kenderaan melepasi bangunan yang memaparkan bendera Iran di Dataran Enghelab, Tehran, Iran, pada 14 Jun 2026. (Gambar fail: AFP)
BAHRAIN/KUWAIT: Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pada Rabu (8 Jul) menyatakan ia menyasarkan lokasi-lokasi tentera Amerika Syarikat di Bahrain dan Kuwait selepas Amerika Syarikat melancarkan beberapa siri serangan ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kapal tangki minyak di Selat Hormuz.
Dalam tamparan terbaharu terhadap perjanjian gencatan senjata yang rapuh itu, IRGC menyatakan ia melancarkan operasi bersama menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas 85 lokasi utama tentera Amerika Syarikat di Bandar Salman, kawasan Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat di Bahrain serta Pangkalan Udara Ali Al Salem di Kuwait.
Iran turut mendakwa ia menembak jatuh sebuah dron MQ-9 milik Amerika Syarikat yang cuba mengganggu operasi tersebut.
Semboyan amaran serangan udara dibunyikan di Bahrain dan Kuwait, menurut pihak berkuasa. Tentera Kuwait menyatakan sistem pertahanan udaranya sedang memintas serangan peluru berpandu dan dron yang disifatkan sebagai "serangan musuh".
Awal dari itu, Amerika Syarikat melancarkan satu lagi siri serangan dan membatalkan lesen yang membenarkan Iran menjual minyak sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas tiga kapal tangki di Selat Hormuz.
Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menyatakan lebih 60 bot kecil milik IRGC merupakan antara sasaran yang diserang, dalam usaha mengenakan "kos yang tinggi" terhadap Iran menyusuli serangan ke atas kapal-kapal yang dituduh melanggar perjanjian gencatan senjata.
"Keganasan tanpa provokasi oleh pasukan Iran merupakan pelanggaran jelas dan berbahaya terhadap gencatan senjata serta menjejas kebebasan pelayaran," tegas CENTCOM dalam kenyataannya.
Markas Pusat Khatam al-Anbiya, iaitu markas tertinggi tentera bersama Iran, mengecam serangan Amerika Syarikat sebagai "tindakan pencerobohan yang terang-terangan", mengancam akan memberikan "tindak balas yang menghancurkan" serta memberi amaran bahawa Tehran tidak akan membenarkan campur tangan Amerika Syarikat dalam pengurusan Selat Hormuz.
Seorang perunding kanan Iran yang juga Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Qalibaf, menuduh Amerika Syarikat melanggar perjanjian gencatan senjata.
Beliau berkata pelanggaran itu bukan sahaja melibatkan serangan ketenteraan terbaharu Amerika Syarikat, malah turut merangkumi penguatkuasaan semula sekatan terhadap eksport minyak Iran, campur tangan terhadap "aturan" Iran di Selat Hormuz, serta serangan Israel ke atas Lubnan.
"Era membuli dan memeras ugut sudah berakhir. Kami tidak akan tunduk," kata Encik Qalibaf dalam catatannya di platform X.
HARGA MINYAK MENINGKAT
Dalam satu langkah yang berpotensi memberi tamparan hebat terhadap perjanjian itu, Washington pada Selasa (7 Jul) menarik balik satu konsesi utama yang sebelum ini membenarkan Iran menjual minyak di pasaran antarabangsa.
Harga minyak melonjak lebih tiga peratus selepas Amerika Syarikat mengumumkan langkah tersebut.
Seorang pegawai Amerika Syarikat sebelum ini berkata para perunding masih meneruskan rundingan dengan niat mencapai perjanjian muktamad dengan Iran.
Namun, penguasaan Iran terhadap Selat Hormuz memberikan Tehran pengaruh yang besar, sekali gus membolehkannya mencetuskan kebuntuan dengan kuasa tentera paling kuat di dunia.
Para penganalisis berkata Iran menggunakan serangan terhadap kapal-kapal dagang untuk menegaskan pengaruh itu ketika ia berunding bagi mencapai perjanjian damai jangka panjang dengan Amerika Syarikat.
Di bawah perjanjian sementara Amerika Syarikat-Iran, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengeluarkan lesen am pada 22 Jun yang membenarkan penjualan minyak mentah serta produk petrokimia dan petroleum Iran sehingga 21 Ogos.
Dengan pembatalan lesen itu pada Selasa (7 Jul), Amerika Syarikat memberi tempoh sehingga 17 Julai kepada Iran untuk menamatkan sebarang urus niaga berkaitan.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.