Skip to main content

Dunia

Iran sambung semula penerbangan susuli serangan Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Iran sambung semula penerbangan susuli serangan Israel

Gambar hiasan. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 26 Oct 2024 02:49PM Dikemas Kini : 26 Oct 2024 02:59PM
TEHRAN: Iran menyambung semula penerbangan pada pagi Sabtu (26 Okt) selepas menghentikannya buat sementara waktu menyusuli serangan Israel yang menyasarkan tiga wilayah di negara itu.

Jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam Iran berkata penerbangan akan disambung semula pada 9.00 pagi waktu tempatan selepas penggantungan singkat, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Jurucakap tersebut, Ja’far Yazerlou, membuat kenyataan itu pada pagi Sabtu.

Ini dikeluarkan beberapa jam selepas rejim Israel menyerang beberapa kedudukan di tiga wilayah iaitu Tehran, Khuzestan dan Ilam.

Awal dari itu, pasukan pertahanan udara Iran berkata serangan itu berjaya dipatahkan.
Sumber : AGENCIES/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita