Skip to main content

Dunia

Iran sahkan kerjasama dengan badan pemantau nuklear PBB 'dalam bentuk baharu'

Anggaran Waktu Membaca:
Iran sahkan kerjasama dengan badan pemantau nuklear PBB 'dalam bentuk baharu'

Menteri Luar Iran Abbas Araqchi bercakap semasa satu mesyuarat dengan duta-duta negara lain di Tehran pada 12 Julai 2025. (Gamber: Reuters)

Diterbitkan : 13 Jul 2025 08:54AM Dikemas Kini : 13 Jul 2025 08:55AM
TEHRAN: Iran menyatakan pada Sabtu (12 Jul) bahawa kerjasamanya dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa "akan mengambil bentuk yang baharu", sambil menyatakan hasrat bagi huraian diplomatik untuk menyelesaikan kebimbangan terhadap program nuklearnya.

Perang Iran- Israel selama 12 hari pada bulan lalu, yang dicetuskan oleh serangan Israel terhadap tapak-tapak nuklear dan tentera Iran serta kawasan perumahan, mengoyahkan lagi hubungan rapuh mereka dengan badan pemantau nuklear PBB.

Serangan itu berlaku beberapa hari sebelum Tehran dengan Washington dijadual mengadakan pertemuan bagi mengadakan semula rundingan nuklear, yang terbantut.

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata pada Sabtu kerjasama Iran dengan IAEA "belum lagi berhenti, tetapi akan mengambil bentuk baharu", selepas Republik Islamik itu secara rasmi berhenti bekerjasama dengan badan pemantau PBB itu pada awal Julai.

Iran menyalahkan IAEA sebahagiannya atas serangan terhadap kemudahan nuklear pada bulan lalu, di mana Israel menyatakan ia dilancarkan bagi menghalang Iran daripada membangunkan sebuah senjata nuklear - satu dakwaan yang sudah berkali-kali dinafikan oleh Tehran.
Sumber : Reuters/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita