Iran rancang adakan perbicaraan terbuka bagi 1,000 orang terlibat rusuhan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
DUBAI: Kira-kira 1,000 orang akan dibicarakan secara terbuka di Iran minggu ini kerana dituduh terlibat dalam rusuhan di ibu kota Tehran, lapor Reuters menukil agensi berita separa rasmi negara itu pada Isnin (31 Okt).
Rusuhan dan tunjuk perasaan meletus di Iran sejak hampir tujuh minggu lalu menyusuli kematian seorang wanita, Mahsa Amini, semasa dalam tahanan polis pengawal akhlak.
Tunjuk-tunjuk perasaan itu salah satu yang terbesar sejak tahun 1979.
Para pemimpin Iran berikrar akan bertindak tegas bagi menamatkannya.
Tehran juga menuduh musuh-musuhnya seperti Amerika Syarikat, menghasut para penunjuk perasaan itu.

Menurut laporan agensi berita Tasnim, perbicaraan ke atas kira-kira 1,000 orang yang "melakukan perbuatan sabotaj dalam kejadian baru-baru ini, termasuk menyerang atau membunuh pengawal keselamatan, (dan) membakar harta awam", akan diadakan di Mahkamah Revolusi Iran.
Namun, tidak jelas sama ada 1,000 dakwaan yang diumumkan pada Isnin termasuk 315 penunjuk perasaan yang dilaporkan agensi berita rasmi IRNA pada Sabtu sudah didakwa di Tehran, dengan sekurang-kurangnya lima daripadanya dituduh melakukan kesalahan yang dikenakan hukuman mati.

Sumber : Reuters/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.