Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran rampas kapal kontena 'ada kaitan' dengan Israel di Selat Hormuz

Pperasi berlaku "berhampiran Selat Hormuz" dan kapal kontena bernama MCS Aries  dibawa ke perairan wilayah Iran.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran rampas kapal kontena 'ada kaitan' dengan Israel di Selat Hormuz

Kapal kontena MCS Aries dirampas oleh Pasukan Khas Tentera Laut Sepah yang menjalankan operasi menggunakan helikopter. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Apr 2024 09:04PM Dikemas Kini : 14 Apr 2024 12:04AM

TEHRAN: Pengawal Revolusi Iran pada sabtu (13 Apr), merampas sebuah kapal kontena yang dikatakan "ada kaitan dengan Israel" yang melalui perairan teluk itu, lapor media tempatan.

Menurut laporan Agensi Berita Iran (IRNA), sebuah kapal kontena bernama MCS Aries dirampas oleh Pasukan Khas Tentera Laut Sepah yang menjalankan operasi menggunakan helikopter.

Tambah laporan itu, operasi berlaku "berhampiran Selat Hormuz" dan kapal terbabit dibawa ke perairan wilayah Iran.

Laporan Iran itu dibuat selepas dua agensi keselamatan maritim berkata "pihak berkuasa serantau" telah merampas sebuah kapal dekat Amiriah Arab Bersatu.

"Kapal dilaporkan dirampas oleh pihak berkuasa wilayah" dekat pantai Fujairah, kata agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom Tentera Laut Diraja, tanpa memberikan butiran lanjut.

Firma keselamatan Ambrey berkata ia "meneliti gambar sekurang-kurangnya tiga individu dari helikopter turun ke apa yang kelihatan seperti kapal kontena".

Pengawal Revolusi Iran "sebelum ini telah menggunakan kaedah yang sama untuk menaiki kapal semasa merampas kapal di Selat Hormuz", tambah Ambrey.

Sementara itu media Israel melaporkan kapal yang dirampas di Selat Hormuz itu  membawa bendera Portugis dan milik syarikat perkapalan Zodiac Maritim, milik hartawan Israel, Eyal Ofer.

Menteri Luar Israel Katz menuduh Iran melakukan jenayah lanun dan harus dikenakan sekatan.

"Rejim Ayatollah Khamenei ialah rejim jenayah yang menyokong jenayah Hamas dan kini menjalankan operasi lanun yang melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya. 

"Saya menyeru Kesatuan Eropah dan dunia bebas untuk segera mengisytiharkan kor Pengawal Revolusi Iran sebagai organisasi pengganas dan sekat Iran sekarang."
 

Sumber : Agensi berita/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan