Skip to main content

Dunia

Iran perkenal senjata pertahanan udara baharu: Laporan

Sistem peluru berpandu antibalistik Arman yang dihasilkan oleh Iran sendiri dan sistem pertahanan udara ketinggian rendah, Azarakhsh meningkatkan secara ketara keupayaan pertahanan udara Republik Islam Iran.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Iran perkenal senjata pertahanan udara baharu: Laporan

Bendera Iran di ibu pejabat IAEA. (Gambar: REUTERS)

TEHRAN: Iran memperkenalkan senjata pertahanan udara baharu pada Sabtu (17 Feb) termasuk sistem peluru berpandu antibalistik Arman yang dihasilkan oleh Iran sendiri dan sistem pertahanan udara ketinggian rendah, Azarakhsh.

Menurut laporan agensi berita rasmi IRNA, pengumuman itu dibuat ketika ketegangan dilaporkan meningkat di rantau itu dengan pemberontak Houthi yang disokong Iran di Yaman melancarkan serangan terhadap kapal yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Israel di Laut Merah sebagai tanda solidariti bersama Palestin.

Gaza dibedil tentera Israel sejak kumpulan Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober lalu.

Kedua-dua sistem yang dipasang di kenderaan itu dirasmikan Menteri Pertahanan Iran, Brigedier Jeneral Mohammad Reza Ashtiani.

"Dengan pelaksanaan sistem baharu ke dalam rangkaian pertahanan negara, keupayaan pertahanan udara Republik Islam Iran berupaya meningkat secara ketara," menurut laporan IRNA.

Sistem peluru berpandu Arman "secara serentak boleh berdepan enam sasaran pada jarak 120 hingga 180 kilometer", manakala sistem peluru Azarakhsh boleh "mengenal pasti dan menghancurkan sasaran pada jarak sehingga 50 kilometer dengan empat peluru sedia untuk ditembak".

Jun lalu, Iran turut memperkenalkan peluru berpandu balistik hipersonik buatan tempatan pertamanya, yang diberi nama Fattah, dengan jangkauan sehingga 1,400 kilometer.

Sumber : AGENCIES/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita