Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran namakan jalan, lebuh raya sempena peringati Presiden Ebrahim Raisi

Anggaran Waktu Membaca:
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena peringati Presiden Ebrahim Raisi

(Gambar: AFP/Juan Baretto)

Diterbitkan : 29 May 2024 09:20AM Dikemas Kini : 29 May 2024 09:21AM
TEHRAN: Majlis Bandar Raya di ibu negara Iran, Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan raya dan sebuah lebuh raya sempena Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, yang terbunuh dalam nahas helikopter baru-baru ini.

Menurut agensi berita negara itu IRNA, pihak berkuasa tempatan dalam sesi ke-240 pada Selasa (28 Mei) memutuskan untuk menamakan satu bahagian panjang Lebuh Raya Be’sat di selatan bandar raya itu dengan nama Ebrahim.

Selain itu, sebahagian jalan East Pasteur yang terletak di bahagian tengah Tehran juga akan dinamakan sempena nama Presiden Raisi lapor Astro Awani.

Jalan Koushk Mesrit di pusat bandar Tehran pula akan dinamakan sempena Amirabdollahian.

Minggu lalu, Presiden Iran Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Laporan menunjukkan tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu.

Laporan awal daripada pasukan mencari dan menyelamat menunjukkan bahawa semua penumpang di dalam helikopter itu, termasuk Presiden Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian terkorban dalam nahas itu.

Helikopter yang membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan 'pendaratan kecemasan'.

Insiden itu berlaku pada Ahad di hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di wilayah Azerbaijan Timur ketika Presiden Raisi sedang dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.
 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan