Iran nafi dalang siri serangan di Arab Saudi
Pakatan tentera Arab yang diketuai Arab Saudi mengancam akan bertindak balas terhadap Iran yang dituduh menjadi dalang siri serangan peluru berpandu ke Arab Saudi, kelmarin (25 Mac).
YAMAN: Pakatan tentera Arab yang diketuai Arab Saudi mengancam akan bertindak balas terhadap Iran yang dituduh menjadi dalang siri serangan peluru berpandu ke Arab Saudi, kelmarin (25 Mac).
Tentera Saudi menyatakan mereka memintas tujuh peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman oleh pihak pemberontak Houthi, sekutu Iran.
Serangan peluru berpandu pihak Houthi ini serentak dengan ulang tahun ke-3 campur tangan pakatan tentera Arab dalam perang di Yaman.
Pihak Houthi menyatakan sasaran-sasarannya di Riyadh termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid.
Buat pertama kalinya dalam tempoh itu seorang penduduk terbunuh dalam serangan peluru berpandu Houthi ke Arab Saudi.
Lelaki Mesir itu terbunuh apabila serpihan peluru berpandu yang dipintas tentera Saudi, gugur di rumahnya yang terletak di ibu kota Riyadh.
Tiga lagi buruh rakyat Mesir di dalam rumah ini, cedera.
Pakatan tentera Arab mendakwa hasil siasatannya menunjukkan pihak Houthi mendapat peluru-peluru berpandu ini dari Iran.
Lantaran itu, pakatan tersebut menyatakan ia berhak untuk bertindak terhadap Iran pada masa dan tempat yang tepat kelak.
Iran berulang kali menafikan memberi senjata kepada Houthi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.