Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran maklumkan akan tingkat pengayaan uranium kepada 20%: IAEA

 Iran memaklumkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ia berhasrat meningkatkan lagi pengayaan uraniumnya kepada sehingga 20 peratus kadar ketulenan, iaitu melebihi tahap ditetapkan dalam Perjanjian Vienna 2015, kata badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran maklumkan akan tingkat pengayaan uranium kepada 20%: IAEA

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Jan 2021 11:09AM Dikemas Kini : 02 Jan 2021 11:11AM

VIENNA: Iran memaklumkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ia berhasrat meningkatkan lagi pengayaan uraniumnya kepada sehingga 20 peratus kadar ketulenan, iaitu melebihi tahap ditetapkan dalam Perjanjian Vienna 2015, kata badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

"Iran memaklumkan kepada agensi itu berhubung hasratnya untuk meningkatkan pengayaan uranium negara itu kepada sehingga 20 peratus di loji bawah tanah Fordow miliknya untuk mematuhi undang-undang yang diluluskan parlimen Iran baru-baru ini.

"Bagaimanapun surat bertarikh 31 Disember itu tidak menetapkan bila kegiatan pengayaan tersebut akan bermula," menurut jurucakap IAEA.

Duta Rusia ke IAEA, Mikhail Ulyanov melaporkan maklumat tersebut menerusi Twitter dengan memetik laporan yang dikemukakan oleh Ketua IAEA, Rafael Grossi kepada Lembaga Gabenor.

Seorang diplomat yang berpangkalan di Vienna memberitahu tindakan Iran itu bakal memberi tamparan hebat ketika Tehran terus membalas tindakan sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) dengan meningkatkan secara bertahap-tahap kegiatan nuklearnya.

Menurut laporan terbaru yang disiarkan agensi PBB pada November tahun lalu, Tehran meningkatkan keupayaan program pengayaan uraniumnya ke tahap lebih tinggi daripada had ditetapkan Perjanjian Veinna iaitu 3.67 peratus namun tidak melebihi tahap 4.5 peratus serta masih mematuhi pemeriksaan ketat oleh IAEA.

Bagaimanapun, keadaan mula berubah selepas kejadian pembunuhan pakar fizik Iran, Mohsen Fakhrizadeh pada hujung November lalu yang didakwa dilakukan Israel.

Menyusuli kejadian itu, Tehran berikrar akan bertindak balas, malah Parlimennya meluluskan undang-undang kontroversi membenarkan penyimpanan sekurang-kurangnya 120 kilogram uranium diperkaya pada tahap 20 peratus dan "menghentikan" pemeriksaan oleh IAEA.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan