Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran luaskan gerakan memindahkan mangsa banjir sedang lebih banyak bandar dijangka terjejas

Iran berusaha untuk memindahkan lebih ramai penduduk dari bandar-bandar dan kampung-kampung yang mungkin dilanda banjir.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran luaskan gerakan memindahkan mangsa banjir sedang lebih banyak bandar dijangka terjejas

Orang ramai dilihat di atas bot selepas banjir melanda wilayah Golestan, Iran pada 24 Mac 2019. (Gambar: Tasnim News Agency/REUTERS)

Diterbitkan : 06 Apr 2019 09:54PM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 10:00PM

DUBAI: Iran berusaha untuk memindahkan lebih ramai penduduk dari bandar-bandar dan kampung-kampung yang mungkin dilanda banjir.

Langkah itu dilakukan setelah pihak berkuasa meramalkan lebih banyak lagi hujan di bahagian barat daya negara itu.

Setakat ini, 70 orang disahkan mati dalam banjir besar tersebut.

Kebanyakan penduduk kawasan Susangerd yang mempunyai 50,000 orang, serta lima lagi masyarakat di wilayah barat daya Khuzestan yang kaya dengan sumber minyak, dipindahkan ke kawasan-kawasan lebih selamat sedang pihak berkuasa mengeluarkan air dari empangan sungai utama.

Di daerah Lorestan yang terletak berhampiran dengan Susangerd, tujuh kampung yang mungkin dilanda tanah runtuh turut dipindahkan.

Semasa bercakap kepada agensi berita negara IRNA, ketua perkhidmatan kecemasan Iran Pirhossein Koulivand berkata sekurang-kurangnya 70 jiwa terkorban dalam kejadian berkenaan.

Sekitar 1,900 bandar dan perkampungan terjejas oleh banjir akibat hujan amat lebat sejak 19 Mac.

Agensi-agensi bantuan kini berusaha menghulurkan pertolongan kepada 86,000 orang yang dipindahkan ke pusat-pusat perlindungan sementara.

Pemerintah Iran memberitahu rakyatnya, terutama sekali para petani yang terjejas, bahawa semua kerosakan akan diberikan ganti rugi.

Dengan air terus naik dan menenggelamkan kampung-kampung, pemerintah menyatakan bahawa ia akan mengerahkan lebih banyak unit perubatan bergerak ke daerah-daerah barat daya.

Sekitar 1,000 orang sudah diselamatkan menerusi helikopter kecemasan dalam beberapa hari kebelakangan ini. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan