Iran lancar serangan peluru berpandu ke Israel: tentera
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Iran melancarkan peluru-peluru berpandu menyasarkan Israel, menurut tentera pada Selasa (1 Okt), menyusuli amaran Amerika Syarikat bahawa serangan Iran bakal berlaku.
"Baru seketika tadi, peluru-peluru berpandu dilancarkan dari Iran ke arah Israel," menurut tentera dalam satu kenyataan. Menurutnya lagi, semboyan dibunyikan merata Israel, termasuk Baitulmakdis.
Awal dari itu, Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Iran sedang bersiap sedia bagi satu serangan peluru berpandu balistik terhadap Israel, sambil memberi amaran bahawa serangan sedemikian akan membawa kesan "buruk" bagi Tehran.
Amaran itu dikeluarkan sedang Israel menyatakan ia melancarkan serangan darat di Lubnan untuk menyasarkan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran, yang pemimpin utamanya Hassan Nasrallah dibunuh dalam satu serangan udara Israel minggu lalu.
Menyusuli amaran itu, tentera Israel berkata pihaknya tidak mengesan ancaman yang sama.

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.