Skip to main content

Dunia

Iran lancar 3 satelit ke orbit

Anggaran Waktu Membaca:
Iran lancar 3 satelit ke orbit

(Gambar: AFP/Kementerian Pertahanan Iran)

TEHRAN: Iran secara serentak melancarkan tiga satelit yang dibangunkan oleh negara itu ke orbit menggunakan roket pembawa satelit Simorgh.

Menurut Agensi Berita Iran IRNA, satelit penyelidikan Mahda, Keyhan-2 dan Hatef-1 ditempatkan di orbit pada jarak antara 450 dan 1,100 kilometer (km) di atas permukaan bumi pada Ahad (28 Jan).

Mahda merupakan satelit penyelidikan yang dibangunkan dan diuji di Pusat Penyelidikan Angkasa Iran.

Seberat 32 kilogram (kg), satelit itu direka khas untuk menilai subsistem satelit canggih.

Misi utama Mahda adalah untuk mengkaji prestasi roket pembawa satelit Simorgh dalam melancarkan pelbagai muatan angkasa dan menilai teknologi angkasa tempatan yang baharu.

Pada 20 Januari, Agensi Angkasa Iran mengumumkan kejayaan menempatkan satelit buatan sendiri ke orbit bumi.

Satelit yang diberi nama Sorayya ditempatkan ke orbit, 750 km di atas permukaan bumi.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita