Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran jatuhkan hukuman mati pertama terkait bantahan Mahsa Amini

Iran pada Ahad (13 Nov) mengeluarkan hukuman mati pertamanya yang dikaitkan dengan penyertaan dalam bantahan yang menggoncangkan kepimpinan negara, menurut badan kehakiman negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran jatuhkan hukuman mati pertama terkait bantahan Mahsa Amini

Iran digemparkan dengan tunjuk perasaan yang berlarutan selama berminggu-minggu berikutan kematian Mahsa Amini, yang berada dalam tahanan polis penjaga tatatertib. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Nov 2022 10:15AM Dikemas Kini : 14 Nov 2022 10:15AM
PARIS: Iran pada Ahad (13 Nov) mengeluarkan hukuman mati pertamanya yang dikaitkan dengan penyertaan dalam bantahan yang menggoncangkan kepimpinan negara, menurut badan kehakiman negara.

Berikutan itu, sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran banduan lain berisiko dihukum mati "secara tergesa-gesa".

Tunjuk perasaan yang berlarutan selama hampir dua bulan, tercetus akibat kematian Mahsa Amini semasa berada dalam tahanan polis penjaga tatatertib, mendorong pihak berkuasa untuk melancarkan tindakan keras. Langkah itu menyaksikan ribuan penunjuk perasaan ditahan.

Beberapa individu sudahpun didakwa atas kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman mati. Menurut Amnesty International, Iran menjatuhkan hukuman mati ke atas lebih ramai individu setiap tahun berbanding mana-mana negara lain selain China.

Tertuduh yang tidak dikenal pasti itu dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Tehran atas kesalahan membakar bangunan pemerintah, mengganggu ketenteraman awam, berhimpun dan berkomplot untuk melakukan jenayah terhadap keselamatan negara.

Tertuduh berkenaan juga disabitkan kesalahan menjadi 'musuh Tuhan dan rasuah di atas bumi', menurut laman web badan kehakiman, Mizan Online.

Sebuah lagi mahkamah di Tehran menjatuhkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun kepada lima individu lain kerana 'berkumpul dan bersubahat untuk melakukan jenayah terhadap keselamatan negara serta mengganggu ketenteraman awam', menurut Mizan.

Awal bulan ini, 272 daripada 290 anggota parlimen Iran menuntut agar badan kehakiman mengenakan hukuman mati 'nyawa dibalas nyawa' iaitu prinsip keadilan balas terhadap mereka yang 'mencederakan nyawa dan harta benda orang dengan menggunakan senjata tajam serta senjata api'.

Pada Ahad, Mizan dan media tempatan lain melaporkan lebih 750 orang di tiga wilayah didakwa kerana terbabit dalam 'rusuhan baru-baru ini'.

Menurut perangkaan kehakiman, sejak tunjuk perasan bermula, lebih 2,000 orang sudah didakwa dengan hampir separuh daripada mereka di ibu kota Tehran.
Sumber : AFP/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa