Iran ikrar tindak balas jika diserang Amerika Syarikat
Anggaran Waktu Membaca:
DUBAI: Tehran pada Ahad (11 Jan) mengancam untuk bertindak balas terhadap pangkalan tentera Israel dan Amerika Syarikat sekiranya Amerika melancarkan serangan terhadap Iran, sambil memberi amaran kepada Washington sedang sumber Israel berkata Israel kini berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi sebarang kemungkinan campur tangan Amerika.
Dengan Iran kini berdepan bantahan antipemerintah terbesar sejak 2022, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkali-kali mengancam untuk campur tangan, sambil memberi amaran kepada pemimpin Iran supaya tidak menggunakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan.
Pada Sabtu, Encik Trump berkata Amerika Syarikat "bersedia menghulurkan bantuan".
Dalam ucapannya di Parlimen pada Ahad, Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf, berucap memberi amaran kepada Amerika Syarikat terhadap "sebarang salah kiraan".
"Kami akan katakan dengan jelas: sekiranya berlaku serangan ke atas Iran, wilayah-wilayah yang diduduki (Israel) serta semua pangkalan dan kapal Amerika akan menjadi sasaran sah kami," kata Encik Qalibaf, mantan komander dalam Pengawal Revolusi Iran.

ANGKA KORBAN MENINGKAT
Tiga sumber Israel, yang hadir bagi rundingan keselamatan Israel pada hujung minggu, berkata Israel berada dalam keadaan berjaga-jaga, namun tidak memperincikan apa yang dimaksudkan.
Seorang jurucakap pemerintah Israel enggan memberi komen.
Tentera Israel juga tidak segera membalas permohonan komen.
Israel dan Iran bertempur dalam perang selama 12 hari pada Jun lalu, di mana Amerika Syarikat menyertai Israel dengan melancarkan serangan udara.
Iran bertindak balas terhadap semua serangan udara Amerika dengan melancarkan peluru berpandu terhadap sebuah pangkalan udara Amerika di Qatar.
Tunjuk perasaan merebak di seluruh Iran sejak 28 Disember lalu, yang bermula sebagai tindak balas terhadap kadar inflasi yang melonjak, sebelum ia bertukar menjadi isu politik dengan penunjuk perasaan menuntut berakhirnya pemerintahan Republik Islam.
Pihak berkuasa Iran menuduh Amerika Syarikat dan Israel menghasut penduduk tempatan supaya memburukkan lagi keadaan.
Sebuah kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Amerika Syarikat, HRANA, menyatakan angka korban meningkat kepada 116 orang, kebanyakannya penunjuk perasaan, termasuk 37 anggota pasukan keselamatan.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.