Iran heret ke mahkamah individu yang galak wanita buka tudung
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
TEHRAN: Iran menyatakan, sesiapa yang menggalakkan wanita menanggalkan hijab mereka akan didakwa di mahkamah jenayah.
Timbalan Peguam Negara Iran mendedahkan demikian, sambil menambah bahawa pesalah sedemikian tidak akan mempunyai hak untuk membuat rayuan jika didapati bersalah.
Kenyataannya itu dibuat di tengah-tengah meningkatnya jumlah wanita yang melanggar kod pakaian yang diwajibkan Iran.
Semakin ramai wanita menentang pihak berkuasa dengan tidak memakai hijab semasa berada di pusat beli-belah, kedai dan kawasan-kawasan awam lain.
Dalam usaha menguatkuasakan sekatan lebih ketat itu, polis Iran telah memasang lebih banyak kamera di tempat awam, untuk mengenal pasti dan menghukum wanita yang tidak bertudung.

BACA:
Meskipun, tidak jelas hukuman yang akan dikenakan, para pegawai Iran berkata, hukuman bagi menggalakkan orang lain menanggalkan hijab, akan jauh lebih berat daripada jenayah menanggalkan hijab itu sendiri.
Dalam pada itu, pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan undang-undang hijab yang ketat di Iran, sebagai penganiayaan berasaskan jantina.

Sumber : AGENCIES/LL/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.