Iran gantung kerjasama dengan badan pemantau nuklear PBB
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Iran Masoud Pezeshkian. (Gambar fail: Reuters)
ISTANBUL: Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Rabu (2 Jul) mengumumkan penggantungan kerjasama negaranya dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), lapor saluran rasmi Press TV dan agensi berita Mehr.
Menurut laporan Anadolu Ajansi yang memetik agensi Tasnim, keputusan itu dibuat selepas Presiden Pezeshkian meluluskan undang-undang yang mewajibkan pemerintah menggantung hubungan dengan IAEA.
Langkah itu menyusuli keputusan Parlimen Iran minggu lalu yang meluluskan rang undang-undang untuk menggantung kerjasama dengan badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Tindakan itu diambil berikutan ketegangan yang semakin memuncak antara Tehran dan IAEA berkaitan isu akses pemantauan dan ketelusan berikutan konfrontasi ketenteraan terkini melibatkan Israel dan Amerika Syarikat.
Konflik selama 12 hari antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi ketenteraan dan nuklear Iran.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas sasaran musuh, manakala Amerika pula mengebom tiga tapak nuklear Iran.
Konflik berakhir selepas gencatan senjata mula dikuat kuasa pada 24 Jun.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.