Iran gagalkan serangan siber Israel terhadap rangkaian perbankan, prasarana penting
Anggaran Waktu Membaca:
Asap kelihatan di Tehran berikutan serangan Israel pada 18 Jun, 2025. (Gambar: AFP)
ISTANBUL: Markas Keselamatan Siber Iran mengumumkan beberapa percubaan Israel untuk mengganggu sistem infrastruktur penting negara itu, termasuk rangkaian perbankan, yang berjaya digagalkannya sejak tercetus konflik antara kedua-dua negara, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita Mehr pada Jumaat (20 Jun).
Dalam kenyataan yang dikeluarkannya, markas itu memaklumkan bahawa antara kejayaan utama yang dicapai ialah menangkis serangan "distributed denial-of-service" (DDoS) berskala besar, yang mengehadkan akses kumpulan penggodam kepada sistem sabotaj dan pencurian data, serta mengakibatkan kerosakan pada sebahagian sistem kawalan dan perintah (C4I) Israel yang berkait dengan operasi ketenteraan.
Selain itu, Iran turut menyekat usaha mengeksploitasi perisian hasad menerusi telefon bijak, menurut kenyataan itu lagi.
Markas Keselamatan Siber Iran turut memberi amaran bahawa mana-mana individu yang bersekongkol dengan Israel akan dikenal pasti dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Konflik ketenteraan antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun lalu apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan tentera dan nuklear, yang mendorong Tehran untuk melancarkan serangan balas.
Sementara itu, media Iran melaporkan seramai 639 orang terbunuh dan lebih 1,300 yang lain cedera dalam serangan Israel ke atas negara itu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.