Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran dedah belanjawan untuk tangani sekatan AS yang 'kejam'

 Presiden Hassan Rouhani, mendedahkan belanjawan Iran yang menurutnya diubah untuk mengambil kira tindakan-tindakan "kejam" Washington. 

Anggaran Waktu Membaca:
Iran dedah belanjawan untuk tangani sekatan AS yang 'kejam'

Gambar fail Presiden Iran Hassan Rouhani. (Gambar: Jim Watson/AFP)

Diterbitkan : 26 Dec 2018 12:19AM Dikemas Kini : 26 Dec 2018 12:22AM

TEHRAN: Presiden Hassan Rouhani, mendedahkan belanjawan Iran yang menurutnya diubah untuk mengambil kira tindakan-tindakan "kejam" Washington. Ini merupakan belanjawannya yang pertama sejak sekatan-sekatan Amerika Syarikat dikuatkuasakan semula.

Presiden Rouhani pada Selasa (25 Dis) mengumumkan kenaikan sebanyak 20 peratus dalam gaji sektor awam sebagai tanda cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi negara itu sejak Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 tahun ini.

Ucapan tersebut hanya membentangkan beberapa butiran mengenai belanjawan itu - yang sekarang akan diteliti dan diundi oleh parlimen - tetapi memaklumi tekanan yang dihadapi Iran.

Sekatan Amerika Syarikat dikuatkuasakan semula termasuk sekatan terhadap sektor minyak Iran yang penting.

Belanjawan baru itu tidak mendedahkan jumlah tong minyak yang Iran berharap untuk jual pada tahun kewangan seterusnya, yang bermula lewat Mac. Namun para penganalis percaya bahawa ia berkurangan berbanding 2.5 milion yang dijual setiap hari sebelum Presiden Trump menarik diri.

Amerika Syarikat membenarkan pengecualian terhadap lapan pembeli utama bagi minyak Iran -- termasuk China, India dan Turkey -- meskipun ia sesuatu yang baik dan buruk bagi Iran kerana ia juga membantu menurunkan harga di peringkat antarabangsa.

Encik Rouhani yang menjadi pemimpin pada 2013, mewakili golongan pemimpin berpendirian sederhana di Iran. Beliau berharap bahawa tolak ansur negara itu berhubung program nuklear negara itu akan mengurangkan tekanan dengan Barat dan membenarkan pelaburan asing untuk memacu sektor privet yang lemah.

Sekatan-sekatan yang dikuatkuasakan semula itu bagaimanapun mematikan harapan tersebut dan memaksa Encik Rouhani supaya lebih mengambil pendekatan "ekonomi daya tahan" yang lebih disukai oleh pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei.

Kebimbangan terhadap ekonomi mendorong ramai warga Iran untuk menjamin wang simpanan mereka dalam nilai dolar dan emas, sekai gus mengakibatkan nilai mata wang Iran, jatuh sebanyak separuh sejak Presiden Trump mengumumkan keputusan untuk menarik diri.

"Pada satu waktu awal tahun ini, rizab pertukaran wang asing kami kosong, justeru memaksa pemerintah untuk mengambil keputusan-keputusan sukar untuk menyelamatkan negara," kata Encik Rouhani kepada Parlimen.

Pemerintah itu sudah menekan para pengeksport untuk mengembalikan wang dolar kepada Iran, dan Encik Rouhani berkata bahawa mereka akan kehilangan insentif-insentif cukai sekiranya mereka gagal mengembalikan wang tunai mereka.

Bank pusat itu menggunakan wang dolar yang dikembalikan kepadanya untuk menyokong mata wang riyal yang merosot, yang sudah pulih kepada sekitar 110,000 bagi setiap dolar, di pusat-pusat tukaran wang tidak rasmi.

Kejatuhan mata wang riyal menaikkan harga bagi semua barangan, dengan harga makanan dan minuman naik sebanyak 60 peratus pada tahun tersebut hingga November, menurut bank pusat.

Badan kehakiman melancarkan tindakan keras terhadap peramal mata wang, yang digelar "pengganggu ekonomi" yang mengakibatkan ramai pedagang dibicarakan dan sekurang-kurangnya tiga peniaga dijatuhi hukuman mati.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan