Iran cadang mekanisme khusus bagi rekod jenayah Israel
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Menahem KAHANA)
TEHRAN: Iran menggesa penubuhan mekanisme khusus di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mendokumentasikan dengan lebih terperinci mengenai jenayah yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Gesaan itu disuarakan Menteri Kebudayaan Mohammad Mehdi Esmaili ketika berucap semasa sesi tergempar Persidangan Menteri Penerangan Islam yang diadakan di Istanbul, Turki pada Sabtu (24 Feb), lapor Agensi Berita Iran IRNA.
“Kita boleh mengumpul bukti kukuh untuk mendapatkan keadilan melalui kaedah undang-undang dan memastikan mereka bertanggungjawab atas tindakan tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.
Beliau membuat kenyataan itu sebagai sebahagian daripada cadangan Iran untuk menyokong rakyat Palestin di Gaza selepas serangan berterusan Israel.
Menteri itu turut mencadangkan supaya media dalam kalangan negara anggota OIC mempertingkatkan kerjasama dalam usaha mengekang maklumat salah yang disebarkan Israel.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.