Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran bidas disingkir daripada Suruhanjaya Hak Asasi Wanita PBB

Anggaran Waktu Membaca:

NEW YORK: Kementerian Luar Iran membidas keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyingkirkan negara itu daripada Suruhanjaya PBB mengenai Status Wanita (CSW) berikutan tindakan keras Iran terhadap bantahan kumpulan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang dicetuskan oleh kematian seorang wanita. 

"Ini adalah keputusan yang bermotifkan politik dan tidak boleh diterima tanpa sebarang asas undang-undang. Kami mengecam sekeras-kerasnya," kata jurucakap Kementerian Luar Nasser Kanaani pada Khamis (15 Dis), seperti dilaporkan Agensi Akhbar Jerman (dpa).

PBB tidak seharusnya membenarkan kuasa dunia menggunakannya atas sebab politik, kata jurucakap tersebut di laman kementerian. 

Majlis Ekonomi dan Sosial PBB memutuskan perkara itu pada Rabu (15 Dis), dengan 29 daripada 54 negara anggotanya menyokong ketetapan yang dikemukakan Amerika Syarikat supaya menyingkirkan Iran daripada CSW.

Rusia dan China mengundi menentang ketetapan tersebut. 

Suruhanjaya dengan 45 anggota yang dipilih untuk tempoh beberapa tahun itu sepatutnya memperkukuh kesaksamaan jantina dan peranan wanita.

Majlis Ekonomi dan Sosial itu menyuarakan kebimbangan serius terhadap tindakan Iran "sejak September 2022 yang menjejas dan menindas hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan, termasuk hak untuk kebebasan bersuara dan pendapat, yang lazimnya menerusi penggunaan kekerasan yang berlebihan". 

Di Iran, rakyat membuat bantahan terhadap elit politik yang berkuasa di negara itu sejak pertengahan September.

Tunjuk perasaan antipemerintah itu dicetuskan oleh kematian seorang wanita Kurdish Iran berusia 22 tahun, Mahsa Amini, pada 16 September. 

Beliau meninggal dunia dalam tahanan polis hanya beberapa hari selepas ditangkap kerana melanggar kod pakaian untuk wanita Islam Iran.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan