Iran berkabung 5 hari susuli kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter
Iran berkabung selama lima hari selepas Presiden Ebrahim Raisi disahkan maut dalam satu nahas helikopter terhempas.
Presiden Iran Ebrahim Raisi.
Semua penumpang di dalam helikopter itu termasuk Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian turut terkorban.
Ini sekali gus meninggalkan kekosongan dalam kepimpinan tertinggi negara itu.
Pucuk pimpinan dijangka beralih kepada Naib Presiden Mohammad Mokhber sementara menanti pilihan raya presiden yang baharu.
Presiden Raisi sebelum itu merasmikan sebuah projek empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan.
Menteri Dalam Negeri Iran kemudian mengesahkan berlakunya "pendaratan keras"dengan siaran-siaran media tempatan menggesa seluruh negara untuk mendoakan keselamatan presiden dan menteri ehwal luar negara itu.
Satu operasi menyelamat dikerahkan serta-merta.
Bayangan pertama bahawa nahas berlaku ialah apabila para petugas mula terputus hubungan dengan helikopter Presiden Raisi sedang ia terbang melalui wilayah Timur Azerbaijan di tengah-tengah cuaca buruk.
Para pekerja melakukan operasi di kawasan pergunungan sepanjang malam.
Menjelang pagi, mereka menemukan bangkai helikopter di lereng gunung, namun tiada tanda kehidupan dikesan.
Pasukan Bulan Sabit Merah Iran menemui semua jasad penumpang masih berada di dalam pesawat.
Media tempatan mengesahkan bahawa Presiden Raisi maut dalam nahas helikopter itu.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.