Skip to main content

Dunia

Iran berjaya patahkan rancangan 30 letupan serentak pengganas

Anggaran Waktu Membaca:
Iran berjaya patahkan rancangan 30 letupan serentak pengganas

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 25 Sep 2023 05:39PM Dikemas Kini : 25 Sep 2023 05:40PM
TEHRAN: Agensi risikan Iran menggagalkan rancangan pengganas yang menyasarkan tempat-tempat sesak di ibu negara Iran dan menahan 28 suspek, menurut Kementerian Perisikan negara itu pada Ahad (24 Sep), lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamannya, kementerian itu mendedahkan bahawa 30 letupan serentak dirancang dengan tujuan untuk menggugat keselamatan negara, menimbulkan ketakutan dan mencetuskan kekacauan pada ulang tahun rusuhan musim gugur lalu.

"Pasukan Perisikan kami menyerang tempat persembunyian dan pangkalan pengganas di wilayah Tehran, Alborz dan Azarbaijan Barat, serta menahan anggota rangkaian pengganas itu," menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menyenaraikan peralatan yang dirampas semasa operasi tersebut dilancarkan.

Seramai dua anggota risikan cedera semasa operasi itu apabila mereka berjaya menghalang letupan bunuh diri daripada merosakkan rumah berhampiran.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita