Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran beri amaran ambil tindakan 'tegas' jika Israel lancar serangan, gesa PBB bertindak

Anggaran Waktu Membaca:
TEHRAN: Diplomat tertinggi Iran memberi amaran kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, bahawa Tehran Sudah bersiap sedia dengan tindak balas "tegas tanpa rasa sesal", jika Israel menyerang negara tersebut, sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu.

Republik Islam itu melancarkan kira-kira 200 peluru berpandu ke Israel pada 1 Oktober, sebagai tindak balas kepada pembunuhan dua sekutu terdekatnya, iaitu ketua Hamas Ismail Haniyeh dan ketua Hezbollah Hassan Nasrallah, serta seorang jeneral Iran.

Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant pada minggu lalu berikrar bahawa serangan balas negaranya "membawa maut, tepat dan mengejut".
"Iran, yang berusaha untuk melindungi keamanan dan keselamatan rantau ini, pada masa yang sama bersedia sepenuhnya untuk melancarkan serangan balas yang tegas tanpa rasa sesal terhadap sebarang tindakan" oleh Israel, kata Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dalam satu panggilan telefon bersama Encik Guterres, menurut kenyataan daripada pejabatnya pada Rabu (16 Okt).

Semasa panggilan pada Selasa (15 Okt) petang, Encik Araghchi juga menggesa PBB menggunakan sumbernya "untuk menghentikan jenayah dan pencerobohan rejim Israel, serta menghantar bantuan kemanusiaan ke Lubnan dan Gaza".
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan