Iran bebaskan 5 tahanan Amerika sebagai tukar ganti 5 warganya bersama dana AS$6 bilion
Anggaran Waktu Membaca:

Warga Amerika turun dari jet Qatar setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha. (Gambar: AFP/Karim Jaafar)
DOHA: Iran pada Isnin (19 Sep) membebaskan lima tahanan Amerika sebagai ganti lima warganya yang ditahan di Amerika serta akses kepada dana $6 bilion yang dibekukan di Korea Selatan.
Lima tahanan Amerika itu, salah seorang daripadanya sudah ditahan selama lapan tahun, dibawa keluar dari Tehran menaiki sebuah jet peribadi Qatar, beberapa jam selepas dana AS$6 bilion (S$8.19 bilion) dimasukkan ke dalam akaun-akaun yang juga diuruskan oleh Qatar.
Lima tahanan Iran itu kemudian dilihat berjalan di landasan kapal terbang sedang matahari terbenam. Beberapa jam selepas itu, satu kapal terbang pemerintah Amerika membawa mereka ke Washington, di mana ada dalam kalangan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.
Rumah Putih menyatakan bahawa Presiden Biden menghubungi keluarga para tahanan dalam satu sesi "penuh emosi" dan beliau dipuji kerana "membuat keputusan sangat sukar".
"Terima kasih, Presiden Biden, kerana lebih mengutamakan rakyat Amerika daripada politik," kata seorang usahawan yang ditahan sejak 2015, Encik Siamak Namazi.
Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken sebelum ini menggesa supaya pentadbiran Biden "tiada keutamaan lain" selain membebaskan rakyat Amerika.
"Ia melegakan untuk akhirnya mengatakan bahawa rakyat kita bebas," kata Encik Blinken kepada media di New York, di mana beliau dan Presiden Biden menghadiri mesyuarat-mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dua tahanan warga Iran turut kembali ke Tehran melalui Doha, menurut media rasmi Iran. Tiga lagi rakyat Iran yang dibebaskan Amerika Syarikat, memilih untuk tetap di sana atau berpindah ke negara ketiga.
Menyusuli perundingan yang sebahagiannya diuruskan Qatar, Iran dan Amerika selesai menjalankan pertukaran tahanan selepas memindahkan dana AS$6 bilion (S$8.19 bilion) yang dibekukan Korea Selatan.
Pentadbiran Biden menolak kritikan yang mendakwa pihaknya membayar "wang tebusan", sambil menegaskan bahawa wang tersebut dilaburkan bagi misi-misi kemanusiaan.
Ia satu syarat yang dikenakan pentadbiran Biden di mana dana $6 bilion itu akan dibekukan kembali sekiranya tidak digunakan untuk menjalankan misi-misi kemanusiaan.
Iran bagaimanapun berkeras ia seharusnya diberikan akses penuh bagi penggunaan dana tersebut.
Dana itu "dengan kejam disekat sehingga ia kini dalam tangan (Iran) dan kami akan menggunakannya untuk memenuhi keperluan rakyat," kata Presiden Ebrahim Raisi di New York.

Sumber : AFP/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.