Iran bakal haramkan Starlink; pengguna boleh dipenjara dan disebat
Anggaran Waktu Membaca:
Elon Musk (Gambar fail: AP)
- Parlimen Iran meluluskan undang-undang untuk haramkan penggunaan Starlink, khidmat Internet satelit yang dikendalikan SpaceX milik Elon Musk, menurut laporan agensi berita Jerman dpa yang menukil daripada ISNA pada Ahad (29 Jun).
- Di bawah undang-undang tersebut, pesalah boleh didenda, disebat atau dipenjara sehingga dua tahun.
- Starlink merupakan antara satu-satunya alat yang boleh digunakan rakyat Iran semasa gangguan Internet yang dikenakan pihak berkuasa, seperti yang berlaku baru-baru ini ketika perang dengan Israel.
- Parlimen Iran turut meluluskan langkah untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan pengintipan.
TEHRAN: Parlimen Iran meluluskan undang-undang untuk haramkan penggunaan Starlink, khidmat Internet satelit yang dikendalikan SpaceX milik Elon Musk, menurut laporan agensi berita Jerman dpa yang menukil daripada ISNA pada Ahad (29 Jun).
Di bawah undang-undang tersebut, pesalah boleh didenda, disebat atau dipenjara sehingga dua tahun.
Belum jelas sejauh mana penggunaan Starlink di Iran. Namun, kos bagi khidmat itu mungkin luar kemampuan kebanyakan isi rumah.
Starlink merupakan antara satu-satunya alat yang boleh digunakan rakyat Iran semasa gangguan Internet yang dikenakan pihak berkuasa, seperti yang berlaku baru-baru ini ketika perang dengan Israel.
Parlimen Iran turut meluluskan langkah untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan pengintipan.
Di bawah undang-undang baharu itu, pihak yang terlibat dalam “kerjasama operasi” dengan entiti asing boleh dihukum mati.
Istilah berkenaan tidak dijelaskan dalam undang-undang, namun para penganalisis berpendapat ia satu lagi usaha menakut-nakutkan musuh dan pengkritik rejimnya.
Kedua-dua usulan itu masih memerlukan pengesahan daripada Majlis Penjaga, badan pengawasan perlembagaan yang berkuasa.
Proses pengesahan ini biasanya hanya sebagai formaliti.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.