Iran bakal adakan pilihan raya penentu pada 5 Julai
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ATTA KENARE)
TEHRAN: Iran akan mengadakan pilihan raya penentu pada 5 Julai selepas tiada calon memperolehi lebih daripada 50 peratus undi dalam Pilihan Raya Presiden pada Jumaat (28 Jun), umum Kementerian Dalam Negeri Iran pada Sabtu (29 Jun).
Pilihan raya untuk menggantikan Ebrahim Raisi berikutan kematiannya dalam nahas helikopter mencetuskan persaingan sengit antara enam calon, termasuk anak didik Pemimpin Agung Iran.
Dengan lebih 24 juta undi sudah dikira, penggubal undang-undang berhaluan sederhana Massoud Pezeshkian, mendahului dengan lebih 10 juta undi, di hadapan diplomat Saeed Jalili dengan lebih 9.4 juta undi.
Demikian menurut kiraan awal diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri Iran.
Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei memegang kuasa mutlak di negara tersebut.
Oleh itu, keputusan pilihan raya tidak akan menyebabkan sebarang perubahan pada dasar utama terhadap program nuklear Iran atau sokongannya kepada kumpulan tentera di merata Timur Tengah.
Namun, presiden Iran mengendalikan pemerintahan dan boleh mempengaruhi dasar negara tersebut.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.