Skip to main content

Dunia

Iran akan kemuka cadangan balas nuklear kepada Amerika

Iran menyatakan pada Isnin (9 Jun) pihaknya akan mengemukakan cadangan balas mengenai perjanjian nuklear dengan Amerika Syarikat sebagai respons kepada tawaran Amerika yang dianggap "tidak boleh diterima" oleh Tehran.

Anggaran Waktu Membaca:
Iran akan kemuka cadangan balas nuklear kepada Amerika

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berucap semasa sesi meja bulat Invest America di Rumah Putih pada 9 Jun 2025. (Gambar: REUTERS/Evelyn Hockstein)

WASHINGTON: Iran menyatakan pada Isnin (9 Jun) pihaknya akan mengemukakan cadangan balas mengenai perjanjian nuklear dengan Amerika Syarikat sebagai respons kepada tawaran Amerika yang dianggap "tidak boleh diterima" oleh Tehran.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pula berkata rundingan akan diteruskan.

Encik Trump berkata kedua-dua pihak masih berselisih pendapat mengenai sama ada Iran akan dibenarkan untuk terus memperkayakan uranium di dalam negara.

“Mereka meminta perkara yang tidak boleh kita laksanakan. Mereka enggan melepaskan apa yang sepatutnya mereka lepaskan,” kata Encik Trump kepada wartawan di Rumah Putih.

“Mereka mahukan aktiviti pengayaan. Kita tidak boleh benarkan pengayaan berlaku.”

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata Tehran sedang menyediakan cadangan balas kepada tawaran Amerika Syarikat yang dikemukakan pada hujung Mei lalu.

Beliau berkata tidak ada butiran mengenai masa rundingan pusingan keenam.

Walaupun Encik Trump berkata sebelum ini bahawa pusingan rundingan seterusnya akan berlangsung pada Khamis, seorang pegawai kanan Iran dan pegawai Amerika berkata tarikh itu bukan satu kemungkinan.

Susuli kenyataan yang dikeluarkan oleh Encik Trump, Encik Baghaei berkata, “berdasarkan rundingan terkini, pusingan seterusnya bagi rundingan antara Iran-Amerika Syarikat sedang dirancang untuk Ahad ini di Muscat,” menurut saluran Telegram kementerian itu.

Pegawai Amerika Syarikat berkata rundingan yang dipimpin oleh Utusan Khas Encik Trump ke Timur Tengah Steve Witkoff dan Menteri Luar Iran Abbas Araqchi itu mungkin berlangsung pada Jumaat atau Ahad, berkemungkinan di Oman atau Oslo.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita