Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Iran adakan pilihan raya penentu, jumlah pengundi terendah dalam sejarah

Anggaran Waktu Membaca:
TEHRAN: Pusat-pusat mengundi dibuka di Iran pada Jumaat (5 Jul) bagi Pilihan Raya Presiden yang bakal menguji populariti pemerintah ulama.

Ini sedang rakyatnya tidak mempedulikan pilihan raya, yang berlaku di tengah-tengah ketegangan di rantau tersebut serta pertikaian dengan Barat berkait program nuklear Iran.

Keputusan terakhir akan diumumkan pada Sabtu (6 Jul), meskipun angka undian awal mungkin diumumkan lebih awal.

Pilihan raya penentu diadakan selepas undian pada 28 Jun mencatat jumlah pengundi terendah dalam sejarah, dengan lebih 60 peratus rakyat Iran tidak mengundi dalam pencarian pengganti mantan Presiden Iran Ebrahim Raisi.

Beliau maut dalam nahas helikopter pada Mei lalu.
Kadar penyertaan rendah itu dianggap sebagai sikap tidak yakin kepada Republik Islam tersebut, kata para pengkritik.

Pilihan raya kali ini mempamerkan persaingan ketat antara penggubal undang-undang Masoud Pezeshkan, satu-satunya calon berpendirian sederhana dengan bekas perunding nuklear berhaluan konservatif Saeed Jalili.

Meskipun pengundian tersebut memberi tidak begitu membawa kesan ke atas dasar Republik Islam itu, presiden Iran akan terlibat dalam pemilihan pengganti Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tertinggi Iran berusia 85 tahun yang membuat semua keputusan berkait isu terpenting negara.

Jumlah pengundi merosot secara mendadak sejak empat tahun lalu, yang menurut pengkritik sokongan terhadap sistem pentadbiran negara sudah berkurangan. Ini disebabkan orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap masalah ekonomi dan kekangan berkait politik dan sosial.

Presiden Iran seterusnya tidak dijangka membuat sebarang perubahan besar pada dasar mengenai program nuklear Iran atau sokongan terhadap kumpulan militia di Timur Tengah.

Namun, beliau akan mengendalikan pemerintah dan mempengaruhi dasar luar negara dan domestik Iran.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan